FAQ


       MERUNGKAI............. persoalan anda

Ramai yang keliru dan mempunyai pelbagai persoalan apabila hendak memborong di China. Persoalan - persoalan ini menyebabkan usahawan - usahawan keliru serta takut untuk meneruskan inisiatif mereka untuk memborong terus di China.

Kami cuba untuk merungkai serba sedikit persoalan anda....

ADAKAH BARANGAN DI CHINA BERKUALITI ?
Mungkin anda pernah mendapat barang tidak berkualiti / mendengar komentar seseorang tentang kualiti barangan di China. TAHUkah anda :
1) Lingkungan purata 9/10 daripada semua benda - benda persekitaran anda adalah MADE IN     CHINA.
Cuba lihat persekitaran pejabat anda, mouse, monitor, handphone, pen, mesin fax dan lain-lain, boleh dikatakan semua Made In China.

2) Setiap sesuatu barang yang dijual di China adalah mengikut gred.
Fizikal produk sama tetapi Gred berbeza mengikut harga & selalunya peniaga yang membawa barang masuk ke Malaysia membeli produk - produk tersebut dengan murah dengan kualiti paling rendah.

SAYA NAK BELI BARANG SIKIT SAJA, BOLEH KE HANTAR KE MALAYSIA ?
Ada dua cara mudah untuk menghantar barang ke Malaysia iaitu melalui :
1) Membawa barangan balik bersama anda menaiki Kapal Terbang
Anda boleh mengusung barang / kotak yang tidak melebihi 30kg jika menaiki Air Asia. Mungkin anda akan dikenakan beberapa peratus cukai jualan atas barangan apabila diperiksa oleh Kastam di Lapangan Terbang negara Malaysia.

2) Menghantar balik menggunakan KAPAL AIR (shipment)
TIDAK PERLU membeli hingga satu kontena, paling sikit adalah dalam SUKATAN KOTAK 1 METER PERSEGI & cajnya hanya murah lingkungan RM350 - RM490 sahaja berdasarkan jenis produk. Dalam caj KOTAK 1 Meter Persegi ini, anda boleh memasukkan sebanyak mana barangan anda yang pelbagai (sila lihat gambaran di bawah).

Melalui shipment, akan mengambil masa ketibaan barang lingkungan 2 minggu ke 1 bulan untuk sampai ke Malaysia.


                        


TAK TAHU CARA NAK BAYAR PEMBEKAL, NAK KENA URUS HANTAR BARANG LAGI KE MALAYSIA. URUSAN BELIAN DI CHINA SUSAH KE?
Cukup senang dan fleksibel. Paling penting anda perlu kenalpasti dahulu pembekal anda mempunyai premis perniagaan yang tetap di sana & bermula dari sana anda sudah boleh membayar dengan matawang tunai kepada mereka & sekiranya anda kerap ke sana, boleh juga membuka akaun bank di negara China terus. Apabila sudah biasa dengan pembekal sedia ada, anda sudah boleh memesan dari email dan membuat      bayaran melalui Western Union atau menggunakan AGEN SEPERTI KAMI bagi membeli & menguruskan penghantaran bagi pihak anda supaya lebih selamat & berjalan lancar.


BAGAIMANA URUSAN DI KASTAM ? NAK KENA ISI PELBAGAI JENIS BORANG ? SILAP - SILAP BARANG SAYA TAK BOLEH DIBAWA MASUK KE MALAYSIA.
Sekiranya barang yang anda Beli adalah sah dan tidak menyalahi peraturan negara Malaysia, sepatutnya tidak ada masalah untuk dibawa masuk ke sini. Selain itu, sekiranya anda menggunakan servis AGEN SEPERTI KAMI untuk menguruskan penghantaran anda, anda tidak perlu bersusah payah untuk menguruskan sendiri penghantaran anda.

CUKUP MUDAH !!! dengan hanya caj RM350 - RM490, anda hanya perlu membeli / memborong tanpa perlu risau untuk membungkus, memindahkan, mengisi borang dan macam - macam lagi.

Barang - barang belian anda akan dihantar terus ke PINTU KEDAI ANDA di Malaysia.

Senarai barangan yang dikenakan cukai & bebas cukai ada dibentangkan semasa BIJAK SEMINAR oleh pihak kami.


BARANG YANG SAYA BELI DI CHINA, BERAPA PERATUS BOLEH MARKUP UNTUK DIJUAL DI MALAYSIA ?
Tidak tentu dan terpulang pada harga pasaran. Ada yang boleh mencapai sehingga 800% markup dari harga asal.